Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Itulah yang dinyatakan oleh Zulkifli Noordin dalam blog beliau yang bertajuk 'Sejarah Berulang!!!'. Malah tulisan beliau itu juga turut mendapat perhatian Utusan Malaysia. beliau berkata demikian mengenai pertandingan pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR yang bakal mempertemukan Azmin Ali, Calon Anak Emas Si Ketua Penipu dengan Zaid Ibrahim si Lebai Malang.
Malah dengan menyertai pertandingan tersebut, maka akan berakhirlah karier politik Zaid Ibrahim dalam PKR. Ye la, sapa nak sokong orang yang kalah. Begitu juga dengan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang gagap itu. Nampaknya beliau juga akan menerima nasib yang sama seperti sewaktu beliau dalam UMNO dahulu. Kredibilitinya terus tercabar oleh ahli - ahli dibahagiannya sendiri.
Apa pula reaksi dari Presiden PKR pula? Adakah Kak Wan akan merelakan kemenangan Azmin Ali ini? Walau apa pun kita tunggu dan lihat sahaja pertikaian mereka dalam PKR ini. Akhirnya semua orang dah tahu, yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu. Kedua - duanya tidak berguna. Itulah hakikat PKR yang sebenarnya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.