
...Dalang Takde Nama Ke???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sesuatu yang sudah boleh kita agak apabila perkara ini diwar - warkan semalam. Semalam hampir 60 orang Ahli AMK dari Pulau Pinang dan Perak bertindak menyerahkan Memorandum Taubat menuntut agar Anwar Ibrahim bertaubat atau meletakkan jawatan.
Menurut Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, tindakan tersebut didalangi oleh individu tertentu. Kononnya individu tersebut tidak berhenti - henti berusaha menjatuhkan imej dan memburuk - burukkan Anwar. Dan tambah beliau lagi, individu terbabit sudah pun dikenal pasti.
Yang Semut hairan, mereka suka dakwa bahawa sudah kenal pasti individu yang terlibat. Tetapi kenapa tidak dinyatakan nama individu tersebut? kenapa hanya dibiarkan perkara tersebut tergantung begitu sahaja? Tidakkah itu satu perkara yang pelik dan wajar dijadikan persoalan oleh anggota ahli PKR sendiri terhadap kepimpinannya?
Nak takut apa. Kalau benar dah tahu siapa orang yang berkenaan, bagi tahu sajalah namanya. Buat apa nak sembunyi - sembunyi lagi. Atau ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

Setuju bebenor dengan semut api....kenapa UMNO takut kecut dengan Anwar....sepatut takut taat hanya pada Allah swt semata-mata.
BalasPadam***kalau bacul tak payah tulis blog
Alaaa... Bukan susah sangat nak check...; budak2 yang minta Anwar tobat tu, budak UMNO ker atau budak PKR. Orang kampong pun tahu mereka tu dari kelompok mana...
BalasPadamBenda ni bukannya boleh senang disuruh2 atau perlu didalangi. Padahal sepatutnyer.., bukan setakat Anwar..., budak2 tu sendiri pun patut kena tobat. Tobat tak nak sekongkol dengan orang yang mereka suruh tobat...
Aku tiap2 hari tobat dengan Allah.... takder sapa pun jadi dalang...
hai...suruh taubat pun nak marah ka?
BalasPadam