Selasa, Oktober 19, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Satu perbalahan diantara dua titan yang terkenal ini tidak perlu lagi dibuat spekulasi. Malah diantara kedua - duanya ada kredibiliti yang tersendiri. Maka tidak hairanlah jika mereka bertarung, ramai pihak yang akan menumpukan perhatian.

Dalam laporan blog Azri Shukri menyiarkan artikel Serangan Pertama Mahathir Sudah Bermula memaparkan pertembungan serta pandangan bekas Perdana Menteri Malaysia itu buat pertama kalinya. Semut juga bersependapat dengan Azli agar Tun M kembali memberi kritikan terhadap bekas regunya itu kerana hanya beliau yang benar - benar mengenali Anwar Ibrahim.

Mengapa tidak? Tun M adalah individu yang membawa nama Anwar ke persada Negara. Jika bukan kerana Tun, siapa hari ini kenal dengan nama Anwar Ibrhim? Tetapi manusia seperti Anwar ini bukan hanya ibarat kacang lupakan kulit. Beliaulah bukti sebenar gunting dalam lipatan. Bunga yang orang bagi, tahi pula yang dia balas. Dasar manusia yang tidak tahu mengenang budi. Sehinggakan anak emas beliau sendiri tidak tahu menghormati orang tua dan Negarawan seperti Tun.

Mengulas mengenai isu kes Liwat Anwar 10 tahun yang lalu, ada logik juga apa yang Tun pertikaikan. Ia melibatkan terlalu ramai individu.

"Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,''

Maka tidak hairanlah hari ini kini lihat si Ketua Penipu itu menghadapi terlalu banyak saman dari pihak yang dituduhnya terlibat dalam 'konspirasi' tersebut. Sebagai contoh Tan Sri Musa Hassan.

Semut takut tak cukup tanah dia nak melarikan diri nanti. Jika semua yang terlibat dalam konspirasi itu disaman beliau, banyak betul tuntutannya. Adakah perkara sedemikian logik? mampukah beliau terus menyembunyikan kebenaran dari masyarakat umum? Maka adalah wajar bagi beliau agar segera bertaubat. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

2 ulasan:

  1. Usahkan nak berpakat ngan 100 orang yang merupakan Hakim, polis, doktor, nurse, pakar DNA, pendakwa.. dsbnya..., nak berpakat sesama anak beranak pun susah... Semua ada otak sendiri. Semua ada tahap keimanan sendiri..

    Tak usah tenguk jauh2... Ada sebuah parti politik kat Malaysia ni...,; nak berpakat antara Mak, ayah, anak dan saudara-mara pun susah untuk menentukan pucuk pimpinan dia. Satu Malaya tahu drama baling2 kerusi, tumbuk2 dan maki2...

    Eleehh...

    BalasPadam
  2. kalo dia tobat, dia stay dlm PKR psl ahli dia yg suruh tobat. Kalo x tobat, letak jawatan. Bodoh tul tajuk memorundum diorang 'Taubat atau Letak Jawatan'.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping