Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sesi membahaskan usul ekonomi semalam membuatkan Semut terfikir sejenak. Mengenangkan apa yang disebut oleh wakil dari Melaka semalam, mengenai GLC dan peranan tambahan yang seharusnya mereka ambi mencetus satu idea.
Beliau turut mengulas mengenai agensi - agensi kerajaan dalam usaha membantu peniaga - peniaga Melayu untuk mendapatkan kedai. Cadangan beliau agar agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan memperbanyakkan lagi premis atau membelinya dari pemaju swasta. Dan kemudian premis ini boleh disewa atau disewa belikan kepada peniaga - peniaga Melayu.
Yang menghairankan beliau ialah apabila mengenangkan Menteri - Menteri utama Negara terdiri dari golongan Melayu. Dasar Kerajaan sedia ada sudah baik tetapi ironinya, Melayu masih mundur. Persoalan beliau, mungkinkah wujudnya ketirisan dalam implimentasi dasar - dasar tersebut oleh mereka?
Maka Semut mempunyai cadangan yang mampu diusahakan oleh pihak Kerajaan. Kenapa tidak agensi Kerajaan seperti TEKUN atau FAMA membuka rangkaian francais mereka sendiri? Seperti yang dilaksanakan oleh HPA melalui Radix Fried Chicken mereka. Atau membuka kiosk seperti 7Eleven.
Apa yang mereka perlu lakukan adalah mengadakan kursus pengurusan dan penilaian kepada calon yang sesuai. Merekalah yang akan mengeluarkan modal dan ditambah dengan modal dari peserta dengan mengusahakan perniagaan tersebut. Pelan kontigensinya, 6 bulan pertama agensi Kerajaan inilah yang akan mengawal selia pengurusan kedai tersebut sebelum diserahkan sepenuhnya kepada peserta berkenaan.
Dengan cara ini, bukan sahaja mereka dapat membantu Melayu mula berniaga, tetapi turut dapat membantu kerajaan membela nasib bangsa. Janganlah hanya statik terhadap bidang tugas yang telah diberikan sahaja. Cuba keluar dari kepompong dan melihat ruang - ruang yang boleh dipenuhi. Barulah kita boleh menjadi Juara Rakyat. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.