Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Perhimpunan Agung UMNO tahun ini memasuki hari kelima dan sesi perbahasan akan terus disambung. Namun rata - rata pemimpin masih lagi memuji dan bercerita mengenai ucapan dasar Presiden dalam Majlis Perasmiannya dua hari yang lalu.
Seperti kata Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, ucapan Presiden itu telah mengukuhkan kedudukan Melayu dan menganjak lanskap politik serta tahap sosiopolitik ke tahap yang lebih tinggi.
Menurut beliau lagi, ucapan tersebut mengingatkan kepada ahli - ahli khususnya dikalangan Pemimpin agar dapat berubah demi kelansungan perjuangan parti dimasa akan datang. Beliau berharap perkara yang telah dipersetujui oleh pemimpin - pemimpin terdahulu dapat diterjemahkan kepada tindakan dan strategi untuk mendekati rakyat demi mempertahankan kedudukan parti.
Maka adalah wajar bagi seluruh ahli UMNO serta kepimpinannya melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing - masing. Jangan leka dan alpa dengan kedudukan semata - mata. Sedap duduk dikerusi empuk, orang dibawah dilupakan. Kita lihat sejauh mana mereka mampu menyahut cabaran dari Presiden itu dalam jangka masa terdekat ini. Mampukah UMNO berubah? Atau adakah kenyataannya nanti UMNO bakal diubah? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.