Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sejak akhir - akhir ini semakin menyerlah kepincangan yang dapat kita lihat dalam Majlis Peguam Negara atau lebih dikenali dengan nama BAR Council. Semuanya bermula apabila seorang peguam didapati menjadi dalang pembunuhan kejam Datuk Sosilawati baru - baru ini.
Seterusnya membawa kepada kaitan beberapa lagi orang peguam yang turut didapati menjalankan aktiviti yang menyalahi undang - undang. Adakah mereka fikir mereka seorang peguam dan boleh lari daripada undang - undang?
Semut juga sering tertanya - tanya. Apa sebenarnya fungsi Bar Council ini kerana jelas mereka tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sepertiyang diharapkan. Sebelum ini pun sudah ada aduan mengenai beberapa Syarikat Guaman yang menjalankan aktiviti tetapi tidak mendapat kebenaran pihak Bar Council. Bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku?
Dan dalam blog Darul Ehsan Today pula memaparkan kain rentang berikut:

Persoalannya, apa motif Bar Council menaikkan kain rentang ini? Apa tujuannya? Apa kaitannya Teoh Beng Hock dengan Bar Council? Adakah Teoh Beng hock pernah bertugas dengan Bar Council? Mungkin Kerajaan perlu meneliti semula peranan yang dimainkan oleh pihak Bar Council ini. Jelas mereka juga turut menjejas sistem Kehakiman Negara jika dibiarkan terus bermaharaja lela. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.