Ahad, Oktober 17, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Selepas pembentangan Budget 2010 yang telah diadakan semalam, beberapa pendapat dari kalangan Pemimpin Pembangkang mula kedengaran. Walaubagaimana pun, sifat menolak pandangan positif dan menjadikan semua budget yang dibentangkan itu sebagai negatif menjadi lumrah buat mereka.

Jika semalam Semut bawakan kisah Mahfuz, hari ini lain pula dengan Naib Presiden dan Timbalan Presiden PAS ini. Bagi mereka, pembentangan budget semalam menandakan Pilihanraya sudah hampir. Jika secara berseloroh, sekali pandang, memang apa yang mereka katakan itu. Bukankah Pilihanraya Galas dan Batu Sapi bakal diadakan hujung bulan ini?

Namun apa yang mereka maksudkan adalah Pilihanraya Umum. Kononnya budget tersebut dijadikan 'gula - gula' buat memancing undi dalam PRU akan datang. Walaupun mereka menghargai usaha dan perancangan yang telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri itu tetapi dalam masa yang sama mereka tidak dapat menerima hakikat tersebut. Mungkin bagi mereka, keikhlasan dalam budget yang diberikan itu hanya Superficial dan berlaku hanya pada ketika menjelang Pilihanraya sahaja.

"Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada samada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainyadan juga industri yang ingin diperkembagkan dalam negara kita'" kata beliau yang juga Timbalan Presiden PAS. (Nasharudin Mat Isa)

"Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan". (Salahuddin Ayub).

Tak mahu juga mereka bersyukur ye? Lihatlah betapa jumudnya pemikiran mereka. Subhanallah.

Bagi Semut, tahun lepas juga mereka berkata sedemikian. Budget yang dibentangkan hanya 'gula - gula' untuk memancing undi Rakyat. Kononnya, budget tahun ini juga menunjukkan indikasi bahawa PRU ke 13 bakal menjelma tidak lama lagi. Agaknya, kalau PRU tidak juga dilaksanakan menjelang Pembentangan Budget tahun hadapan, diorang nak kata apa pulak ye? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. semua bajet tahun brape sekalipun, semua alasan gula-gula rakyat n nk plihanraya. Boring dngar ulasan macam tur.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping