Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Persidangan UMNO yang berlansung semalam dimulakan dengan Persidangan Tahunan Pemuda, Wanita dan Puteri yang berakhir lewat petang semalam.Semut dapat mendengar beberapa hujah membahaskan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam sesi sebelah petangnya dimana YB Khairy Jamaluddin diserang teruk oleh para perwakilan. Mereka turut mempertikaikan tindakan dan tanggungjawab Ketua Pemuda itu yang dikatakan agak lembab.
Malah ada juga suara - suara sumbang yang jelas menyatakan Ketua Pemuda itu lebih gemar mencari pasal dengan PERKASA berbanding memperkasakan bangsa Melayu. Tidak kurang juga mereka yang merasakan Ucapan Dasar Ketua Pemuda itu lebih bersifat Liberalis cuma tinggal kita nampak atau tidak sahaja.
Walaubagaimana pun, pandangan tersebut disangkal oleh Saudara Ketua Pemuda dalam sesi penggulungan beliau petang semalam. Salah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau adalah seperti:
"Kalaupun mereka tidak sokong (pemimpin tertentu) dalam parti, kalau ada orang parti mereka kena serang, mereka akan bangun pertahankan."
Saudara Ketua Pemuda. Itu jika orang luar dan bukan dikalangan ahli Parti menyerang mereka. Pemuda tetap dengan pendiriannya jika diserang oleh pihak luar. Tetapi secara dalamannya, apa yang dinyatakan oleh Perwakilan itu adalah satu teguran dan pandangan. Apa gunanya menjadi Ketua jika pandangan akar umbi dikatakan menyerang parti?
Jadikanlah apa yang disampaikan oleh Perwakilan itu sebagai satu renungan dan panduan agar gerak kerja selepas ini dapat menyelesaikan isu tersebut. Percayalah. Walaubagaimana teruk sekali pun ahli menghentam UMNO, tetapi perjuangan mereka kekal bersama UMNO buat selama - lamanya. Jika tidak percaya, cubalah diserang oleh puak - puak Penipu Rakyat itu. Tidak mungkin tidak, Pemudalah yang akan bangkit mempertahankannya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Yang dipertikan Tugas dan Tanggungjawab KP. Bukan Parti.

nyah kan kitol kj ni
BalasPadamKhairy kena menilai semula penerimaan pemuda terhadapnya.
BalasPadamnaik pun atas dasar menantu Pm tak hairan aku
BalasPadam