Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mengulas lanjut mengenai UMNO sebagai sebuah parti yang bukan hanya memperjuangkan satu bangsa semata - mata, terlintas satu perkara. Dunia secara keseluruhannya mengalami perubahan dalam pentadbiran kerajaannya dan hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja.
Kebanyakkan negara yang mana Kerajaannya silih berganti itu bukanlah sebuah Negara yang mempunyai masyarakat Majmuk seperti Malaysia. Sebagai contoh yang sangat popular dan sering dirujuk oleh si Ketua Penipu ialah Negara Jepun. Walaupun sudah sekian lama memerintah negara matahari terbenam itu, akhirnya kerajaannya tumbang ketika pilihanraya yang lalu. Maka persepsi dan spekulasi itu sering dijadikan bahan modal pembangkang.
Jika difikirkan, Jepun hanya ada satu bangsa sahaja iaitu bangsa Jepun. Sedangkan di Malaysia, kita ada pelbagai jenis bangsa yang berbeza budaya dan agamanya. Namun sudah lebih dari setengah abad, kerajaannya masih kukuh dan kekal memerintah. Inilah perbezaannya. Kerajaan hari ini yang giat menjalankan Transformasi Negara tidak hanya tertumpu kepada satu bangsa tetapi melibatkan keseluruhan rakyatnya. Dan ianya sudah bermula sejak dahulu lagi.
Maka jelas sekali dan tidak dapat disangkalkan lagi apa yang dinyatakan oleh YAB Timbalan Presiden semalam bahawa UMNO sebagai peneraju kepimpinan Negara sebenarnya turut memperjuangkan semua bangsa dan masih kukuh sehingga hari ini. Kelebihan yang dimiliki oleh BN adalah kerana masyarakatnya berbilang kaum, agama dan budaya. Adakah ianya lebih sukar menjaga negara satu bangsa sahaja berbanding sebuah negara majmuk? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

Mohon promosi blog kami. terima kasih.
BalasPadam- Galas untuk BN -