Khamis, Oktober 21, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Wakil Pahang, Tuan Syed Ibrahim dari UMNO Bahagian Kuala Krau menyeru kepada perwakilan yang hadir hari ini agar memuhasabahkan diri. Janganlah hanya berbalah dan saling bertelagah diantara satu sama lain. Beliau mengajak agar kita merenung apa sumbangan kita kepada UMNO selama ini. Bukan sebaliknya. Malah untuk kita ahli UMNO membeli akhbar Utusan yang mewakili Kerajaan Pusat juga sukar untuk kita lakukan.

Selain itu beliau juga mengingatkan sidang perwakilan agar mengetahui nasab diri masing - masing. Beliau menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W juga menyeru agar setiap bangsa itu kenal nasab serta keturunan mereka masing - masing. Dan adalah mustahil bagi seseorang itu tidak bangga dengan nasab kelahirannya kerana dengan nasab itulah kita akan bersyukur kepada Allah S.W.T. Mana tidaknya. Dengan mengenali nasab itulah kita tahu dari mana asal usul kita. Seterusnya mensyukuri nikmat yang Allah berikan.

Tidak mungkin lahir seorang manusia itu sekiranya dia tidak datang dari mana - mana keturunan dan bangsa. Maka bagi mereka yang tidak berbangga dengan nasabnya ibarat mereka juga turut tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping