Khamis, Oktober 21, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sebelum ini dalam pembentangan Budget 2011, Perdana Menteri telah mengumumkan pembinaan sebuah menara. Menara setinggi 100 tingkat itu akan dibina dan diusahakan oleh Permodalan Nasional Berhad. Menara tersebut dikenali sebagai Menara Warisan Merdeka.

Namun seperti biasa spekulasi negatif pasti akan dilemparkan oleh pihak - pihak pembangkang yang tidak dapat disangkal lagi, jumud pemikirannya. Tanpa sebarang usul periksa, mereka mendakwa projek tersebut merupakan satu lagi kaedah Kerajaan membazirkan duit rakyat.

Walaubagaimana pun, dari sudut positifnya tidak pula cuba mereka kupaskan. Kerana sesungguhnya pembinaan menara itu bukan sahaja bakal menjadi satu lagi mercu tanda Negara. Ia juga bakal membawa keuntungan kepada pelabur - pelaburnya. Mana tidak. Bayangkan bangunan sebegitu tinggi jika disewakan kepada swasta sudah pasti akan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda.

Maka tidak salah sekiranya Semut katakan, pembinaan Menara Warisan itu bukan merugikan rakyat. Jauh sekali ianya menggunakan duit rakyat kerana Pemodalan Nasional Berhad adalah sebuah Unit Trust atau pusat pelaburan. Untuk melabur, ianya bergantung kepada kerelaan hati individu terbabit. Bukan ada sebarang paksaaan untuk melabur. Tak tahu lah pula ada skim pelaburan secara paksa dilaksanakan oleh PNB sebelum ini. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping