Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hujung minggu ini, Semut sempat memenuhi jemputan ke beberapa acara Jamuan Rumah Terbuka yang diadakan sama ada oleh pemimpin BN atau pembangkang. Boleh kita lihat perbezaan yang berlaku dalam kedua - dua jamuan ini.
Kalau dalam jamuan yang dianjurkan oleh pemimpin BN, terutamanya ADUN atau Ahli Parlimen, kebanyakkan sesi ucapannya ditujukan kepada rakyat. Memberi serba sedikit perancangan yang akan dibuat oleh pihak Kerajaan bagi menaikkan taraf hidup rakyat, perancangan dan pembangunan kawasan tempatan dan memberi sumbangan yang sewajarnya kepada pihak yang berkenaan.
Berlainan pula dalam jamuan yang dianjurkan oleh Pembangkang. Seperti mana yang berlaku hari ini. Satu keanehannya, jamuan Hari Raya. Tetapi ianya dibuat di Dewan Perhimpunan Cina? Macam la dah takde tempat lain nak buat. Kenapa tak dibuat di Markas PAS sahaja? Pelik juga Semut masa tu.
Belum sempat nak masuk, dah ada orang tahan. Tanya buat apa kat sini dan sebagainya. Sedangkan jika di majlis anjuran ADUN atau Ahli Parlimen BN, takde pulak ditanya macam - macam. Tak kira sama ada mereka dari kalangan penyokong BN mahu pun dikalangan pembangkang, semuanya terbuka. Nama pun Majlis Jamuan Rumah Terbuka Sempena Hari Raya.
Yang paling menjengkelkan sekali ialah sesi ucapan pemimpinnya. Bukan ditujukan kepada rakyat. Sebaliknya diri sendiri dan parti. Mereka hanya membangga - banggakan diri menyatakan itu kami buat tapi kerajaan Pusat tak buat. 'Saya yang buat benda ini supaya ianya menjadi kenyataan'. Salah satu dari petikan ucapan yang telah diberikan.
Bukan lah nak mengatakan mereka akan bantu rakyat menaikkan taraf hidup, merancang dan melaksanakan pembangunan untuk rakyat dan sebagainya. Tapi dalam jamuan itu hanya menjadi gelanggang mereka 'menjual' diri. Memang sah la pemimpin pembangkang ini hanya tahu menggambil kesempatan dalam apa jua keadaan sekali pun. Bila nak berubah, entah la. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
salam
BalasPadambetul tuh semut, kalau ke RUMAH TERBUKA KEADILAN dipenuhi poster UNDILAH SAYA...hemmm macam2 politik baru sekrang nih...orang DAP pun tak susah nak amik hati orang melayu..cukup dengan TERESA pakai baju kurung...dah demer kata TERESA hormat MELAYU...