Isnin, Oktober 04, 2010


"...Ya! Gua Memang Pandai Main Wayang. Hahaha..."

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Patutla dalam Majlis Jamuan Hari Raya yang Semut pergi tadi kedengaran suara si Azmin memuji - muji nama Khalid Ibrahim. Sampai melangit perginya. Nasib baik tak pecah bumbung Dewan. Malah beliau turut menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor itu menjalankan tugas yang baik di Selangor. Semut hairan juga. Bukan ke sebelum ini, beliau cukup kuat menghentam Khalid Ibrahim sehingga digugurkan dari jawatan Pengerusi PKR Negeri?

Rupa - rupanya ada udang di sebalik batu. Laporan dalam Utusan Online malam tadi menyiarkan kenyataan dari Khalid Ibrahim yang tidak akan bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR Pusat. Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Agung dan Pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor. Cabang tersebut telah menamakan Wan Azizah sebagai calon bagi jawatan tersebut.

Aik, pelik juga. Kenapa Presidennya dinamakan sebagai calon Timbalan sahaja? Kenapa beliau tidak namakan Azmin atau Zaid untuk jawatan tersebut? Adakah Khalid tidak ingin bersikap 'bias' dalam mencalonkan salah satu diantara tokoh tersebut? Pandai juga Menteri Besar Selangor ini bermain wayang ye. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping