
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tindakan PAS hari ini menyelar kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa rakyat tidak boleh bergantung harap kepada PAS. Kalau hendak harapkan PAS, bagai bulan jatuh ke riba kata Tan Sri Muhyiddin di Gua Musang semalam.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menyifatkan kenyataan tersebut hanya sekadar mahu menutup janji BN di Manik Urai. Katanya lagi, Tan Sri Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tersebut bersifat emosi.
Apa yang dinyatakan oleh Idris Ahmad itu sebenarnya mahu menutup kelemahan beliau sendiri yang turut mendakwa BN tidak melaksanakan janji di Manik Urai dulu. Sebelum ini dakwaan beliau itu sudah dijawab oleh bekas Calon BN di Manik Urai. Imbas kembali, Klik Sini.
Bagi Semut, Idris Ahmad sudah malu hendak menyatakan bahawa, PAS walaupun menang di Manik Urai, mereka sendiri GAGAL melaksanakan tugas dan tanggungjawab di Manik Urai. Sebab itu mereka tuntut janji yang dibuat oleh BN agar ianya dipenuhi.
Bukan sebab apa. Sebab kalau Barisan Nasional menunaikan janji mereka di Manik Urai, Kerajaan PAS Kelantan tak perlu menghabiskan duit membangunkan kawasan tersebut. Jadi duit peruntukan untuk Manik Urai boleh mereka agihkan sesama mereka.
Sama seperti apa yang berlaku di Galas. Dah dua tahun PAS menerajui kawasan tersebut, tetapi kenapa tidak ada pembangunan dijalankan? Kenapa setelah dua tahun, baru projek yang diusahakan oleh Che Hashim Sulaiman hendak dilaksanakan?
Jelas inilah kegagalan sebenar PAS dalam membangunkan Negeri Kelantan dan rakyatnya. Mereka menidakkan pembangunan kepada rakyat tetapi menuduh Barisan Nasional tidak berjuang untuk rakyat. Betapa retoriknya mereka dalam perjuangan sebenarnya. Masihkah rakyat mahu mempercayai kepimpinan mereka? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Gambar pinjam Papa Gomo.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.