Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut teringatkan intipati ucapan YAB Presiden UMNO Malaysia di Perhimpunan Agung UMNO baru - baru ini. Beliau menggesa agar pemimpin UMNO di semua peringkat agar bersikap lebih Inklusif dengan rakyat.
Semut agak skeptikal dengan desakan YAB Datuk Seri Mohamad Najib itu. Bukan apa kerana hakikatnya agak sukar untuk ia dilaksanakan.
Mungkin ada sesetengah pemimpin UMNO itu sendiri tidak faham maksud inklusif. Jadi bagaimana mereka boleh memahami kehendak Presiden itu dan mengimplimentasikannya dalam kehidupan mereka?
Perlaksanaan sifat inklusif ini akan menjadi hempedu pahit bagi pemimpin UMNO sedia ada hari ini untuk mereka telan. Sesungguhnya yang sedia ada hari ini sudah tebal sifat Eksklusifnya. Lihat sahaja gaya hidup mereka.
Dengan kereta besarnya bergerak ke sana ke mari. Cermin gelap agar semua orang tidak kenali. Bila turun kereta, semacam 'hegak'nya mereka berjalan. Jadi macam mana mereka mahu bersifat inklusif?
Lihat pula rumah - rumah mereka. Besar - besar bagaikan istana. Jika ada ahli UMNO lain yang membina rumah seperti mereka, pasti awal - awal lagi mereka akan 'pancas'. Nak inklusif bagaimana kalau orang nak masuk pun takut? Itu pun kalau orang tahu dimana dia tinggal.
Yang belum dapat pangkat, pingat dan sebagainya dah berlagak besar. Dah dapat apatah lagi. Yang menjadi persoalannya, kenapa dapat pingat dan gelaran pun entah sebab apa. Apa sumbangan mereka kepada perjuangan pun boleh dipertikaikan lagi. Jadi nak inklusif macam mana kalau mereka kena dihormati lebih dari ibu bapa sendiri?
Bagaimana mungkin pemimpin UMNO ini bersikap inklusif bila mereka turun ke bawah, mereka tidak boleh ditegur. Kalau ada yang tegur, mereka akan dimarahi dan dikatakan tidak layak untuk menegur. Tetapi sebaliknya, apabila mereka turun ke bawah, habis semua perkara mereka tegur. Itu tak betul, ini tak betul. Itu tak kena, ini tak kena. Nak pula kalau ada jamuan pemimpin bersama rakyat.
Apa mereka tak sedar ke yang buat jamuan tu rakyat? Rakyat buat sekadar yang termampu mereka buat. Dan pemimpin yang diraikan itu pun boleh faham kemampuan rakyat itu dan menghargai apa yang sudah mereka lakukan. Kenapa pemimpin UMNO ini tak boleh terima? Waima yang diraikan itu Menteri ke, Timbalan Menteri ke, kalau dah itu kemampuannya, nak komplen apa lagi? Biarlah Menteri atau Timbalan Menteri itu sendiri menilai, ini hakikatnya orang dibawah. Ini kemampuan mereka.
Nak inklusif macam mana pemimpin UMNO ini jika semua idea dan cadangan yang orang bawah berikan ditolak mentah - mentah? Bukannya mereka mahu fikir rasional cadangan tersebut dan membincangkannya terlebih dahulu. Jika semua cadangan dan idea itu ditolak mentah - mentah, akibatnya UMNO itu tidak berkembang. Akhirnya, program Juara Rakyat itu terkubur begitu sahaja. Mereka nak salahkan sapa?
Jadi Semut ulang sekali lagi. Adalah sesuatu yang amat sukar bagi pemimpin UMNO yang sedia ada hari ini untuk memenuhi inspirasi serta impian YAB Presiden UMNO itu. Mungkin ianya boleh dijadikan realiti, tetapi ia akan memakan masa yang lam untuk dilaksanakan. Kerana hakikatnya, Pemimpin UMNO di semua peringkat terutamanya di Bahagian - Bahagian sudah terlalu tepu dengan sifat - sifat Eksklusif mereka sendiri.
Adalah sukar bagi mereka untuk menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Berjalan seperti rakyat, berfikir bersama rakyat dan bergerak seiringan dengan rakyat. Banyak aspek yang perlu diubah oleh pemimpin - pemimpin ini bagi memastikan kelansungan perjuangan dan amanat YAB Datuk Seri Mohamad Najib itu menjadi kenyataan. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.