Sabtu, Oktober 23, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dalam kesibukan para perwakilan hari ini membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden, Semut berkesempatan mendengar ucapan YAB Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang. Ucapan beliau yang berkisarkan Ucapan Dasar Presiden itu disampaikan dalam sesi bertemu perwakilan UMNO Bahagian Bentong sebelum ini.

YAB Dato Sri mengingatkan kepada ahli UMNO khususnya agar tidak mempertikaikan hak - hak bangsa lain. Demikian juga kepada golongan bukan melayu tidak mempertikaikan lagi hak orang Melayu. Perkara ini penting bagi memastikan kestabilan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.

Sekiranya ia diabaikan, tidak mustahil akan berlaku rusuhan kaum seperti yang berlaku diBosnia, Palatine dan sebagainya. Beliau turut mengingatkan agar berhati - hati dan tidak membesarkan hal yang remeh temeh.

Beliau juga turut berpesan agar dihentikan sifat suka berebut - rebut terutama sekali jawatan dan kedudukan. Bagi beliau, jika apa yang diinginkan sangat tidak dapat dimiliki, kita akan jadi kecewa. Dan jika ianya sangat - sangat diinginkan maka perkra itulah yang tidak akan kita perolehi. Maka janganlah kita berebut - rebut kerana nafsu.

YAB Dato Sri turut menyatakan bahawa politik hari ini memerlukan calon yang disukai oleh ahli. Bukan lagi calon yang dilihat kaya, tetapi turut dapat didampingi dan yang dipilih dikalangan ahli. Maka tidak semestinya dan tidak mustahil jika selepas ini, Ketua Bahagian tidak akan menjadi calon.

Politik hari ini juga sangat berbeza dengan politik dahulu kata beliau. Hari ini, pemimpin perlu turun ke cawangan - cawangan dan bertemu dengan ahli. Mereka perlu mengambil berat terhadap ahli - ahli terutamanya golongan muda.

Walaubagaimana pun, politik itu tetap penting buat negara khususnya Melayu. Ia bagi memastikan kelansungan kuasa yang akan menentukan hala tuju Negara. Maka beliau menyeru agar kita menjaga tempat masing - masing. Kukuhkan kedudukan UMNO diBahagian dan berkhidmat demi agama, bangsa dan Negara.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

1 ulasan:

  1. Bagi ahli politik pertandingan di bahagian itu lebih penting daripada pilihanraya kerana keuntungannya lebih besar. Calun2 MT memerlukan mereka. Kalau sinario ini tak diubah, nasiha le apa pun, masuk telinga kiri keluar telinga kanan dan kita hilang kuasa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping