...The Rivalry Continue...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sudah agak lama juga Semut tidak membuat sebarang spekulasi terhadap persaingan di antara Azmin dan Zaid Ibrahim ini. Bukan apa, ada dikalangan pembaca yang sudah muak membaca kisah mengenai dua taiko besar PKR ini (kononnya lah). Walaubagaimana pun, Semut beranggapan dengan menulis mengenai 'Rivalry' mereka ini sebenarnya mencerminkan wajah sebenar PKR. Ianya perlu bagi rakyat melihat dan menilai perjuangan parti tersebut daripada sekadar menyokongnya membabi buta.
Terbaru, pemimpin kanan parti itu telah diminta untuk menghentikan serangan ke atas Zaid Ibrahim. Ianya adalah sesuatu yang tidak perlu kononnya. Menurut ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam serangan seperti yang dilakukan oleh Lee Boon Chye tidak sepatutnya berlaku. Beliau seterusnya menggesa mereka agar menghentikan serangan dan kekal bersikap tidak memihak kepada sesiapa.
Nak buat macam mana, dah memang itu yang diterapkan oleh Anwar kepada anak - anak buahnya. Sedangkan dalam UMNO dulu pun beliau buat begitu juga kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba. Jadi sekarang 'anak emas' kesayangan beliau dan konco - konconya hanya mengikut apa yang dibuat oleh Anwar sahaja.
Oleh yang demikian, S. Manikavasagam bukan perlu menggesa Pemimpin Kanan sahaja, tetapi turut menasihatkan Penasihat Parti itu juga supaya berhenti menipu rakyat. Baru anak - anak buahnya akan ikut. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.