Jumaat, Oktober 01, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tindakan Menteri Besar Kelantan yang pergi melawat bekas ADUN Galas dari Parti Semangat 46 semalam boleh dikatakan meniru tindakan yang dilakukan oleh Calon Barisan Nasional. Menteri Besar itu turun bersama - sama calon PAS ke rumah Haji Omar Mohamad, sehari selepas calon BN melakukannya.

Jelas terbukti bahawa mereka meminggirkan pemimpin - pemimpin terdahulu yang pernah menabur jasa kepada rakyat. Tetapi apabila orang lain buat, baru mereka mahu tengadah dan menirunya.

Bukan setakat itu sahaja. Malah Menteri Besar itu turut mendapat sindiran pedas dari Bekas ADUN Pengkalan Chepa, Nor Idris. Beliau dimaki hamun oleh Nor Idris sewaktu menziarahi Haji Omar.

Nik Aziz juga turut menerima kutukan dari beberapa orang masyarakat setempat ketika keluar dari Sekolah Maahad Muhamadi di Galas. Mereka yang berada dihadapan pintu pagar utama Sekolah itu menjerit: "MB Sombong, Tak Pandang Kito. Sedap dale keto, aircond dapat, tingkap pun tak turun".

Lihatlah apabila seorang pemimpin mula mendapat kutukan dan maki hamun dari rakyatnya sendiri. Tidakkah perkara itu cukup untuk beliau jadikan pedoman? Tidakkah beliau sedar erkara tersebut merupakan satu signal yang jelas untuk beliau turun dan bersara dari menjadi Menteri Besar? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping