Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sebelum ini kecoh apabila diberitakan hampir 20 borang pencalonan telah dibeli oleh parti - parti politik yang ingin bertanding dalam pilihanraya DUN Galas. Macam ramai sangat yang nak menjadi calonnya.
Ada yang kata mahu bertanding atas tiket bebas la, AKIM pun nak bertanding la. Borang tu pulak bukannya percuma, tapi kena beli dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Alih - alih hari ini, sah dua sahaja parti yang bertanding. Maknanya dari 20 borang yang dikeluarkan itu hanya dua sahaja yang diterima semula. Macam dah takde kerja lain agaknya orang politik ni. Buat gempak tak tentu hala.
Apa jadi dengan 18 borang yang selebihnya itu? Buang sahaja ke? Tak sedar ke mereka bahawa yang mereka buang itu bukan hanya kertas, tetapi duit yang digunakan untuk membeli borang tersebut. Lagi nak kata orang Malaysia hidup tak senang? Ni senang - senang je buang duit, apa cerita? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.