Assalamualikum dan Salam 1Malaysia.
Agaknya bila mereka dengar perkataan 'Berhemah' itu pasti mereka akan saling bertukar pandangan antara satu sama lain. Bukan apa sebab mereka pelik kerana itulah kali pertama mereka mendengar perkataan sedemikian.
Mana ada hemahnya dalam jiwa dan perjuangan puak - puak pembangkang ini. Lihat sahaja cara mereka menyerang calon Barisan Nasional sebelum hari penamaan Calon diadakan hari ini. Mereka memandang rendah kemampuan Abdul Aziz Yusoff dengan membezakan beliau dalam bidang pendidikan. Beliau hanya lulusan SPM kata mereka dan jauh berbeza dengan Dr. Zul yang berkelulusan Universiti serta merupakan seorang doktor.
Jadi, ilmu yang dituntut secara formal itu menjadi ukuran bagi mereka. Mereka lupa bahawa ilmu di dunia ini perlu dituntut sehingga ke akhirat kelak. Maknanya, ilmu yang dimiliki manusia ini tidak akan habis dituntut sehingga mereka meninggal dunia. Pemahaman seumpama ini pun mereka gagal untuk mendalaminya. Inikan pula mahu berhemah dalam berkempen untuk Pilihanraya.
Namun saranan YAB Ketua Wanita UMNO Malaysia itu wajar dijadikan renungan kepada jentera BN. Biarlah kita tunjukkan sikap mahmudah dengan berkempen secara berhemah. Jangan kita tiru seperti mereka yang kadang kalanya lebih agresif tetapi sebaliknya dengan cara yang lebih tertib serta ammpu memikat hati pengundi.
Kadang - kadang kelembutan itu mampu meleburkan besi yang keras. Dan kekerasan itu tidak semestinya dapat membengkokkan keegoan manusia. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.