Selasa, Oktober 26, 2010


...Monumen Di Kampung Balai, Bachok, Kelantan...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Buat YB Ahli Palimen Titiwangsa, perkara ini tidak pula dibangkitkan dulu. Beliau yang mewakili PAS, kenapa tidak membuat sebarang kenyataan atau bantahan sewaktu pembinaan patung ini di Kelantan?

Jika menurut kata Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali, wang peruntukan membina Menara Warisan Merdeka itu lebih baik digunakan untuk perkara lain. Beliau mencadangkan agar wang tersebut disalurkan untuk membangunkan kawasan Kampung Baru.

Agaknya beliau tidak membaca akhbar kerana Kampung Baru memang sedang dibangunkan dan sudah diwartakan sebagai kawasan warisan tidak lama dahulu. Sebaliknya, beliau perlu menjelaskan kenapa tidak ada sebarang bantahan yang dibuat sewaktu pembinaan kuil ini di Kelantan?

Kenapa apabila pembinaan Menara Warisan Merdeka itu diumumkan, mereka beria - ia mebantah? Sedangkan pembinaan menara itu mendatangkan hasil dan keuntungan untuk pelaburnya iaitu rakyat yang melabur dengan PNB. Sebaliknya pembinaan monumen ini tidak memberi sebarang manfaat kepada sesiapa pun kecuali penganut agama Budha sahaja. Jadi mana lebih baik? Menara untuk keuntungan rakyat atau monumen untuk satu agama?

Itulah sebabnya Semut selalu pesan. Jangan hanya nampak salah orang sahaja. Nanti kelak merana diri. Akan tiba masanya nanti orang pertikaikan apa yang kita buat juga. Masa tu tak terjawab kita. Sekarang siapa yang malu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping