Jumaat, Oktober 01, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kadang - kadang penat juga memperjuangkan dasar Agama, Bangsa dan Negara ni. Bukan sebab apa. Kita berjuang bukan mahukan nama, harta, kedudukan dan sebagainya. Hanya sekadar perjuangan anak bangsa demi masa depan Negara. Tetapi penatnya berbaloi sekiranya melihat anak bangsa terus maju dan masyarakat hidup aman dan makmur.

Walaubagaimana pun, Semut juga ada rasa kesal. Bila kita dalam satu kelompok, maka macam - macam perkara yang dapat kita lihat. Keadaan itulah yang membuatkan Semut sering bermujahadah dan bermuhasabah. Dan yang paling sedih sekali apabila ianya melibatkan golongan warga tua.

Itu yang sedihnya. Mereka yang sudah lama dalam perjuangan ini sepatutnya lebih matang dalam berpolitik. Sebaliknya, mereka masih berbalah seperti budak kecil yang belum baligh. kisah yang diceritakan oleh sahabat Semut ini lansung tidak masuk akal.

"Bayangkan. Mereka berbalah hanya semata - mata sebab program. Yang seorang (A) marah sebab melangkau kuasa dan tidak menjemput ahli UMNO Cawangan ke program tersebut. Yang seorang lagi (B) mengutuk si A tak buat kerja. Lalu si A gugurkan nama si B dari menjadi Pemerhati Bahagian ke Perhimpunan Agung tahun ini dengan alasan si B sudah banyak kali diberi peluang tersebut. Si B tidak puas hati lalu menghantar SMS kepada semua Ketua Cawangan, AJK Bahagian dan sebagainya dengan mengutuk si A".

Macam budak sekolah. Malah boleh Semut katakan perangai mereka lebih teruk dari budak sekolah. Tak sedar diri betul mereka ni. Tak paham - paham. Orang lain sibuk berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara, mereka sibuk berbalah perkara - perkara yang remeh temeh. Dah tua - tua pulak tu. Bila orang suruh pencen, kata kita tak reti menghormati orang tua. tapi perangai? Allahuakbar.

Sudah - sudah la. Benda kecil macam ini pun mahu diperbesar - besarkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu diberi tumpuan. Beri perhatian kepada perkara yang lebih penting. Bukan sekadar berlagak bila dah buat sesuatu yang baik itu. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. Takkan benda itu pun mereka tak tahu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping