Jumaat, Oktober 01, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut agak tertarik dengan satu laporan yang disiarkan dalam Malaysiakini hari ini. Laporan tersebut bertajuk: UMNO, Utusan Makin Renggang. Hata Wahari seorang wartawan yang telah berkhidmat selama 15 tahun di akhbar Utusan memberikan pandangan beliau terhadap hubungan UMNO dan Utusan. Beliau juga merupakan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

Menurut Hata, sewaktu zaman bekas Ketua Pengarang Utusan yang lalu, Datuk johan Jaafar, Utusan berada pada tahap terbaik. Malah tahap 'kebebasan' dalam Utusan juga agak tinggi kerana pada masa itu mereka memperjuangkan Nasib orang ramai. (Semut kategorikan ini sebagai persoalan 1. Penjelasannya akan diikuti nanti). Maka bagi beliau, Johan Jaafar dilihat sebagai seorang lelaki yang budiman.

Hata juga berkata, beliau melihat Utusan sebagai milik UMNO. Beliau menambah, UMNO tidak pernah menjaga kebajikan pekerja Utusan. Malah kenyataan beliau dibawah ini pun agak bercelaru:

"...Kalau betul Umno jaga kita dan (bila) dianggap Utusan ini milik Umno, tentulah Umno jaga kita," katanya mengulas isu kegagalan rundingan perjanjian bersama antara NUJ dan pentadbiran Utusan yang tertunggak kira-kira dua tahun...

Keliru bukan? Apa yang cuba beliau maksudkan disini?

Bagi Persoalan 1, Semut ingin menyatakan bahawa keadaan dipenghujung tahun 90an sangat berlainan dengan keadaan semasa. Memang Utusan boleh menumpukan perhatian kepada nasib rakyat kerana pihak Kerajaan tidak mendapat tentangan dari pembangkang. Malah Kerajaan mampu melakukan apa yang dituntut dan disiarkan oleh Utusan kerana keputusan mutlak berada dalam kawalan Kerajaan. Jadi, tidak ada masalah jika Utusan perjuangkan rumah murah untuk rakyat miskin dan sebagainya.

Namun pada ketika ini, puak pembangkang yang sering menimbulkan kekecohan dan mengadu domba tanpa rasa bersalah. Mereka menggunakan kebebasan media siber dan dunia tanpa sempadan untuk melaporkan perkara - perkara yang tidak betul dan benar. Malah dengan wujudnya portal - portal pembangkang seperti Malaysiakini yang membuat fitnah seperti FELDA bankrap tidak wujud pada ketika itu. Maka Utusan tidak perlu menjadi agen Kerajaan untuk menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

Namun yang menghairankan Semut, walaupun sudah 15 tahun beliau bertugas di Utusan, beliau sendiri gagal membawa akhbar itu seperti mana yang beliau gambarkan. Sebagai salah seorang yang berada didalamnya, beliau sendiri tidak mampu mengubahnya. Sebaliknya, beliau hanya menyalahkan UMNO dan Utusan kerana tidak membuat kerja.

Malah, Hata yang memperjuangkan Etika Kewartawan yang Tinggi ini diwawancara oleh sebuah portal yang hanya membuat fitnah. Apabila tindakan diambil, mereka kata Organisasi tidak boleh menyaman individu dan rakyat. Sebab apa? Sebab kalau kes tersebut dibawa ke Mahkamah, sudah tentu Malaysiakini perlu ditutup untuk menjelaskan saman tersebut.

Bagaimana Hata Wahari, seorang pejuang ETIKA KEWARTAWANAN boleh menerima jemputan dari sebuah portal yang terang - terang melanggar ETIKA KEWARTAWANAN? Adakah Hata perlu menjelaskan etika tersebut atau perlu belajar semula mengenainya? Atau adakah Hata Wahari hanya pandai beromong kosong juga? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping