Jumaat, Oktober 01, 2010

...Samy Sudah, Pok Nik Bila Pulak???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Seperti yang Semut jangka, pengistiharan beliau bakal berundur dari jawatan Presiden MIC akan disambut dengan sorak sorai kaum India. Terutamanya kumpulan Gerakan Anti Samyvellu (GAS).

Pengasasnya, V.Mugilan hari ini dengan secara rasminya membubarkan GAS kerana yakin dengan keputusan Presiden MIC itu. Beliau turut menghormati keputusan Datuk Seri Sammy Vellu yang bakal melepaskan jawatan tersebut awal Januari depan.

Persoalan yang tinggal, bila pula giliran Mursyidul Am PAS itu untuk mengundurkan diri dari kancah politik? Jangan hanya retorik mengatakan beliau memang tidak mahu tetapi dipilih oleh Jawatankuasa dan sebagainya. Hak manusia diatas dunia ini salah satunya adalah untuk memilih, bukan seperti haiwan. Manusia diberikan akal untuk berfikir dan hati untuk berzikir. Beliau boleh memilih sama ada mahu terus memegang jawatan tersebut atau melepaskannya, sama juga seperti Samy Vellu.

Jangan lah terus bersembunyi dibelakang Jawatankuasa Pusat dan jadikan mereka sebagai perisai. Taktik itu sudah lapuk ditelan zaman, sama seperti beliau juga. Hakikat yang masak pasti akan gugur juga satu hari nanti. Atau adakah Mursidul Am itu mahu menidakkan nikmat yang Allah berikan kepada manusia ini? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. wali selipar ni akan bersara dr politik jika dia mendengar kura-kura berkokok...kita tunggu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping