Khamis, Oktober 21, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Pendekatan baru perlu dilakukan jika UMNO benar - benar mahukan sokongan golongan muda dalam Pilihanraya akan datang. Pada sesi hujah sebelum berlansungnya Persidangan Agung UMNO 2010di TV3 hari ini, Senator Ezam menjelaskan kepimpinan muda seperti Puteri dan Pemuda itu perlu memahami erti perjuangan itu terlebih dahulu. Pemahaman dan halatuju yang jelas perlu bagi kepimpinan ini agar mereka lebih mudah mendekati golongan muda di peringkat akar umbi.

Penggunaan medium terkini perlu dijadikan mekanisme utama dan senjata 'Arsenal' bagi memahami generasi muda ini. Mereka dilihat lebih hampir kepada penyebaran maklumat melalui media sosial seperti Facebook dan Youtube, maka UMNO juga perlu meningkatkan usaha dalam perihal ini. UMNO perlu menerima hakikat bahawa golongan muda hari ini sedang melalui budaya 'Starbuck' dan 'Kopitiam'.
Terjemahan politik itu sendiri juga perlu lebih mudah dan senang untuk mereka fahami. Jangan hanya dihadkan kepada kepentingan undi dalam Pilihanraya semata - mata. Malah mereka perlu diperjelaskan mengenai kesan dan impak yang dihasilkan dari politik kepada mereka secara umumnya. Seperti kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia semalam, golongan muda ini tidak mahu menjadi tebusan sejarah kerana jelas itulah yang sering kita terangkan kepada mereka.

Maka adalah sangat diharapkan dengan adanya BN Youth Lab atau Makmal Generasi Muda yang dibanggakan sangat oleh Ketua Pemuda itu melahirkan satu kaedah baru yang boleh dilaksanakan diperingkat akar umbi. Jangan sekadar perlaksanaannya diperingkat pusat dan dikawasan bandar semata - mata. Mereka juga perlu menyesuaikannya dengan keadaan ditempat - tempat lain dan kawasan luar bandar seperti di Negeri Sabah terutamanya.

Jika perkara seumpama ini tidak dilakukan secara efektif, maka adalah sukar bagi UMNO meraih sokongan golongan muda dimasa akan datang. Jangan dipandang remeh kuasa yang mereka miliki kerana kuasa itulah yang mengekalkan kepimpinan Negara hari ini. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping