Jumaat, Oktober 22, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Selama 53 tahun lebih, UMNO dan Barisan Nasional memimpin negara sejak mencapai Kemerdekaan Negara.Justify Full Tidak perlu disangkal lagi bahawa UMNO dan Barisan Nasional berjaya membawa negara kearah yang lebih baik pada hari ini. Malah penambah-baikan tersebut dapat kita lihat secara berperingkat - peringkat.

Semuanya ini berlaku kerana UMNO dan Parti - Parti Komponen lain dalam Barisan Nasional sentiasa bertoleransi serta bekerjasama diantara satu dengan yang lain. Amalan perkongsian kuasa merupakan faktor utama dalam menjayakan kemajuan negara sehingga ia mencapai ke tahap seperti hari ini.

Dalam membahaskan usul Ekonomi hari ini, tidak lupa juga perwakilan diperingatkan mengenai perkara ini. Dalam sesi ini wakil dari beberapa buah negeri turut mencadangkan pendekatan baru kepada Kerajaan agar dapat membantu Melayu bersaing dengan bangsa asing.

Seperti kata wakil dari Negeri Melaka petang tadi, perkongsian kek ekonomi ini haruslah adil. Biarlah semua bangsa dapat merasa. Beliau juga turut mengibaratkan perkongsian ekonomi ini seperti Permainan Golf. Bagi beliau, permainan golf adalah permainan seiring. Ia bermula dari satu lubang ke lubang yang laindan bergerak bersama - sama. Bukan seperti permainan ragbi yang sentiasa dikelilingi keganasan dan kekotoran.

Beliau juga mendesak pihak kerajaan memberikan insentif yang lebih buat pelabur domestik agar mereka dapat meningkatkan mutu dalam perkhidmatan mereka. Seterusnya mampu menyaingi pelabur asing disamping merancakkan ekonomi tempatan.

Malah GLC juga perlu memainkan peranan dengan membantu pihak kerajaan. Jenis bantuan yang boleh mereka berikan adalah seperti bantuan Pendidikan dengan menyediakan biasiswa kepada pelajar - pelajar yang cemerlang. Kaedah ini dapat mengurangkan beban kerajaan dan dilihat GLC itu mampu memberi pulangan kepada Kerajaan dalam masa yang sama.

Tetapi sebaliknya, CEO atau Ketua Eksekutif GLC - GLC tertentu mempertikaikan pula tindakkan campurtangan dari pihak Kerajaan dalam menentukan hala tuju mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa kedudukan mereka hari ini adalah atas lantikan dan kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan? Saranan Wakil Melaka itu adalah supaya CEO terbabit jangan menjadi seperti 'Kaduk Naik Junjung'.

Tibalah masanya kita memikirkan apa sumbangan kita kepada kerajaan dan UMNO. Walaupun tugas dan tanggungjawab Kerajaan menjaga rakyatnya, tetapi rakyat juga harus memikirkan tanggungjawab mereka. Biarlah hubungan ini wujud faktor 'Give and Take' semata - mata. Mahu orang bantu kita, tetapi kita tidak pula mahu membantu orang lain. Adakah tindakkan itu adil? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping