Jumaat, Oktober 22, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Justify Full

Hujan renyai - renyai menemani hari ke 4 Perhimpunan Agung UMNO 2010 di PWTC, Kuala Lumpur hari ini. Namun ia tetap tidak menghalang persidangan diteruskan dengan pembentangan Usul Ekonomi yang berakhir lewat petang tadi.

Diantara isi kandungan Usul tersebut selain Melayu mengambil kesempatan dan peluang yang memang tersedia untuk mereka dalam bidang ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Suadah sampai masanya Melayu berhenti meminta - minta dan mengharapkan bantuan dari Kerajaan dengan subsidi dan sebagainya.

Hari ini, Melayu perlu memperluaskan lagi bidang ekonomi yang mereka ceburi. Malah mereka perlu mengenal pasti ruang - ruang yang boleh disertai dan mampu bersaing dengan bangsa asing. Sama ada diperingkat domestik mahupun diperingkat antarabangsa. Dengan cara ini, Melayu dapat memartabatkan diri mereka dan memenuhi ekuti 30% ekonomi negara seperti yang telah tersedia dalam Dasar Ekonomi Baru itu sendiri.

UMNO secara amnya memang menyokong Melayu berniaga dengan adanya pelbagai peluang perniagaan yang disediakan. Malah setiap kali adanya Perhimpunan Agung UMNO, pasti akan diadakan Gerai Jualan. Bukan hanya untuk para perwakilan, malah ianya juga disediakan sebagai ruang kepada usahawan Bumiputera memperkenalkan Produk masing - masing.

Maka, disarankan kepada Melayu khususnya agar dapat meningkatkan taraf hidup dan menceburi bidang perniagaan. Sesungguhnya, Rasulullah S.A.W sendiri pernah menyatakan bahawa 9 daripada 10 pintu rezeki itu datangnya dari perniagaan. Semoga kita beroleh rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping