Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mulanya, Semut terpinga - pinga juga apabila kali pertama mendengar perumpamaan tersebut. Macam mana mahu mengaitkan sate dengan politik? Akhirnya, apabila mendengar penjelasan dari beberapa orang rakan dan menerusi beberapa blog, barulah faham sikit.
Kaitan diantara sate dan politik hari ini adalah kerja - kerja mencucuknya. Bukan mencucuk dengan KY Jelly ye. Nanti takut diugut buat akuan bersumpah pula.
Tetapi hakikatnya hari ini, politik sate itu memang wujud. Tidak kira dalam parti mana sekali pun. Baik UMNO, baik PAS, baik PKR mahupun DAP sekali pun turut terlibat dalam politik sate ini. Lihat sahaja pertelingkahan diantara Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim. Habis semua ahli dicucuknya agar membenci calon tersebut diantara satu dengan yang lain.
Namun pada pandangan Semut, politik sate ini bukan hanya tertumpu kepada perkara yang negatif sahaja. Ada juga positifnya, cuma ianya jarang dan kadang - kadang tak pernah lansung dilaksanakan. Cucuk untuk membawa kebaikan.
Sebagai contoh seorang ahli yang bagus membuat kerja tetapi tidak tahu meminta - minta. Maka adalah wajar individu ini dicucuk agar beliau dapat bertugas dengan lebih baik dimasa akan datang. Baru beliau bersemangat. Ini tidak. Belum apa - apa lagi dah memburuk - burukkan beliau. Sehinggakan sanggup menikam dari belakang.
Sampai bila politik cucuk sate yang negatif ini akan terus bergaul dalam politik Malaysia? Sampai bila orang - orang politik mahu memikirkan sesuatu dan menjadikan sesuatu itu lebih positif dari membiarkan ianya buruk begitu sahaja? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.