
...Kalau Dah Asyik Bertangguh, Sampai Bila Pun Tak Habis....
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
'Miss conception'. Kesilapan dalam pemahaman adalah perkara penting dalam membuat spekulasi mengenai saranan Sir Richard Branson dahulu. Beliau hanya menyatakan Kes Liwat Anwar Ibrahim yang sedang hangat diperkatakan dewasa ini merencatkan ekonomi negara. Seterusnya ia turut menjejaskan keinginan pelabur asingmasuk ke Negara ini.
Maka adalah tidak logik sekiranya seorang ahli Parlimen bangkit dengan menegaskan agar kes tersebut digugurkan. Kecuali Ahli Parlimen itu jumud pemikirannya. Datuk Kamarudin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat hari ini merujuk kepada kenyataan Sir Richard Branson kononnya demi memulihkan semula persepsi pelabur luar pada prospek ekonomi negara.
Secara tidak lansungnya, AJK PAS Pusat itu turut menyatakan kekesalan beliau terhadap Anwar dan kes Liwatnya. Mungkin beliau ingin menyatakan bahawa kes Liwat Anwar itu memalukan bukan sahaja dirinya sendiri malah ia turut menggugat Ekonomi Negara. Persoalan Semut, kenapa perlu digugurkan? Kenapa tidak dipercepatkan? Selesaikan segera. Jangan ditangguh - tangguh lagi!!!
Memang sah Anwar punca kegawatan Ekonomi Negara. Jika dahulu, wujudnya campur tangan dan 'Intervention' beliau yang mengakibatkan Negara turut merasai Kegawatan Ekonomi gara - gara spekulator mata wang yang juga sahabat sebantal beliau, Al Gore. Hari ini, walaupun tidak ada sebarang campur tangan terus dari beliau, masih lagi mampu menggugatkan Ekonomi Negara. Hanya dengan wujudnya kes liwat sahaja, tidak perlu perkara lain.
Jelas, Anwar adalah punca Negara jadi porak peranda. Jelas Anwar pertualang yang perlu disingkirkan dari Politik Malaysia. Jelas Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jauh sekali Anwar perlu dihormati sebagai Pejuang Rakyat dan Pemimpin. Jadi mengapa masih ramai lagi penyokong - penyokong beliau khususnya dikalangan PAS? Adakah mereka buta dari melihat kebenaran ini? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

ALLAH DTGKAN BALA KPD UMAT MALAYSIA MELALUI ANWAR. MAKA KPD RAKYAT DAN PEMIMPIN YG SEDAR, SESUATU WAJIB DILAKUKAN KPD "BENDA SEKOR" TU, "ISA"? ATAU APA? BERBUATLAH SEBELUM TERLEWAT..............
BalasPadam