Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Memang boleh kita katakan bahawa penulisan juga memerlukan idea yang kreatif untuk membuatnya. Ia adalah untuk pembaca membaca sesebuah bahan itu dan terpersona dengannya. Namun dalam dunia blogging secara siber ini, kebanyakkan penulisannya hanya berdasar kepada persepsi dan spekulasi semata - mata. Ianya mungkin hanya terhad kepada pandangan satu individu sahaja. Melainkan ianya dilakukan secara kolektif.
Itulah yang biasanya dilakukan oleh para pejuang blog dialam siber ini terutamanya mengenai politik. kebanyakkan tulisan yang dibuat hanya berdasarkan kepada persepsi dan spekulasi sahaja. Tetapi mahu buat spekulasi pun biarlah ada kaitannya dan jangan buat yang bukan - bukan.
Seperti apa yang ditulis dalam blog Free Malaysia Today sebelum ini. Artikel yang mempertikaikan mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang sedang berlansung hari ini. Kononnya mereka kata perhimpunan ini adalah satu penilaian bagi menghadapi PRU akan datang. Malah mereka juga turut membuat persepsi bahawa penerimaan 1Malaysia dikalangan ahli UMNO hari ini bercampur - campur.
Bagi Semut, apa yang hendak dipertikaikan adalah bukti jelas mereka sudah kekeringan idea untuk membuat sebarang spekulasi. Sehingga mengeluarkan tajuk artikel seumpama ini. Mana tidaknya. Jika dalam persidangan yang dibuat PKR sebelum ini hanya mendedahkan kelemahan kepimpinan dan juga kemusnahan diperingkat akar umbi. Maka mereka cuba mencari sudut lain untuk membuat persepsi buruk terhadap UMNO.
Jelas, ketandusan pemikiran kreatif dikalangan Free Malaysia Today sudah sampai ke tahap tepu. Carilah idea lain yang lebih efektif sekiranya mahu membuat sebarang spekulasi. Jangan buat persepsi yang bukan - bukan. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.