Rabu, Oktober 20, 2010


...PAS Pun Ada Projek Gula - Gula???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau sebelum ini, bukan main lagi mereka menuduh UMNO dan Barisan Nasional suka menjanjikan projek segera atau lebih dikenali sebagai Projek Mee Segera setiap kali tibanya Pilihanraya Kecil.Justify Full Malah pelbagai spekulasi yang dibuat bagi menjadikan perkara tersebut sebagai perjuangan retorik UMNO/BN kononnya. Tidak kira sama ada projek itu dilaksanakan atau tidak, mereka tetap menganggap ianya sebagai 'gula - gula' untuk memancing undi semata - mata.

Tetapi lain pula apabila perkara tersebut terkena ke batang hidung mereka sendiri. Mahu atau tidak mereka terpaksa juga mengaku turut bakal melaksanakan apa yang pernah mereka perkatakan dahulu umpama 'Meludah Ke Langit, Terkena Hidung Sendiri'.

Ianya hanya gara - gara spekulasi yang dibuat dengan menyatakan bahawa pengundi sebelum ini telah tersalah pilih. Maka melatahlah si Takiyuddin Hassan dengan menyatakan bahawa Allahyarham telah berusaha membangunkan Gua Musang sebelum ini. Maka dalam masa terdekat ini projek yang diusahakan oleh Allahyarham akan dilaksanakan dan ianya akan dirasmikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Kelantan sendiri.

Mungkin benar, Allahyarham berusaha untuk membangunkan kawasan Dewan Undangan Negerinya sendiri. Namun persoalannya, kenapa baru sekarang projek tersebut mahu dilaksanakan? Bukankah beliau sendiri menyatakan bahawa projek pembangunan itu sudah dilaksanakan oleh Allahyarham semasa beliau masih hidup lagi. Kenapa mengambil tempoh dua tahun dan pada ketika Pilihanraya Kecil bakal diadakan baru mahu laksanakan projek tersebut?

'Paku dulang, paku serpih. Mengata orang, mereka yang lebih'. Sebab itu Semut selalu mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca sekalian agar berhati - hati dengan apa yang kita perkatakan. Mana tahu, satu hari nanti ia akan memakan diri. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Sapa2 kata PAS tak buat 'projek segera' untuk PRKecil.., memang bodoh, tak tahu apa tapi saja nak bercakap.

    Projek mee segera ni sama-sama buat. BN buat, PAS pun buat.

    Aku jadi saksi bahawa masa PRKecil Pengkalan Pasir dulu, syarikat bapak aku pergi taruk 'tar' kat jalan2 kecik di kawasan tu, atas arahan kerajaan negeri Kelantan. Aku supervisornya.

    Takder masaalah. Kerja siap, duit pun dah dapat..(dah abis punn.. hehehe)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping