Rabu, Oktober 20, 2010


...Perasmian Serentak Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO 2010...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Mungkin tajuk posting itu boleh menarik perhatian kerana bagi sesetengah pemikiran yang jumud mengatakan bahawa UMNO parti untuk orang Melayu sahaja. Walaupun Semut pernah menyatakan bahawa bukan Melayu juga turut menyertai UMNO, tetapi hakikat bahawa UMNO berjuang untuk semua bangsa itu tidak dapat diketepikan.

Buktinya jelas. Siapa yang menerajui kepimpinan Negara ini selama ianya mencapai Kemerdekaan jika bukan UMNO. Dan selama waktu itu, UMNO tidak pernah bertindak zalim dan menekan bangsa bukan Melayu sepanjang menerajui tampuk pemerintahannya. Hari ini jelas bahawa bukan sahaja Melayu sahaja yang mendapat nikmat tetapi turut dikongsi oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Perkara inilah yang ditekankan oleh Timbalan Presiden UMNO ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri malam tadi. Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan bahawa UMNO tidak perlu bertindak Apologetik dalam mempertahankan identiti Bangsa, menjunjung tatasusila dan adap Melayu serta warisan budaya Melayu selagi tidak bersikap kejam kepada bangsa lain.

Tidak sama seperti apa yang dilakukan oleh Rejim Zionis terhadap bangsa Palastine hari ini sehingga hilang identiti bangsa Palastine ditanah air mereka sendiri. Maka renungkanlah. Adakah kita mahu anak - anak kita juga turut mengalami keadaan sedemikian dimasa akan datang? Mahukah kita tenggelam dan hilang segala - galanya demi memenuhi serakah duniawi semata - mata?

UMNO juga tidak pernah menjadi parti yang rasis selama ianya memerintah dan memegang tampuk pentadbiran Negara. Adalah wajar institusi ini dikekalkan selagi UMNO dan kepimpinannya tidak zalim terhadap bangsa lain. Dan andainya perkara itu berlaku, maka tidak teragak - agak hukuman Allah terhadap bangsa Melayu dan UMNO itu sendiri nanti. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping