Selasa, Oktober 19, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hari ini bermulanya Persidangan Agung UMNO 2010 Kali ke 64 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Malam ini Perasmian Bersama 3 Sayap Pemuda, Wanita dan Puteri akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Presiden UMNO Malaysia mengingatkan agar persidangan kali ini akan menjadi persidangan yang lebih bermakna. Beliau berharap agar persidangan tahun kali dapat melahirkan susun atur yang lebih efektif dan strategi yang lebih baik. Bagi menjalankan kerja dengan lebih berkesan, maka setiap kepimpinan dan ahli UMNO perlu melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan lebih strategik.

Dalam keadaan sedia ada hari ini, UMNO perlu berada pada tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Terutama pada ketika ini puak pembangkang berada dalam keadaan yang cukup lemah dan cacamarba. Pentadbiran mereka juga dilihat semakin hari, semakin bercelaru. Mereka bermula dengan Gerakan Reformasi dan kini berakhir dengan Penetrasi.

UMNO perlu tetap dengan agenda Transformasinya demi memajukan rakyat dan Negara dimasa akan datang. Jika mahu dibuktikan sumbangan dan perjuangan yang telah dilaksanakan oleh UMNO mungkin tidak termampu untuk disenaraikan. Hanya sejarah sahaja yang mampu menentukan segalanya.

Namun UMNO perlu melakukan perubahan secara inklusif. Pemimpinnya perlu turun ke padang dan merapatkan diri dengan ahli. Bukan hanya sekadar menjaga orang sekeliling sahaja jauh sekali berbalah sesama sendiri. Dalam masa yang sama perlu berlaku adil kepada semua bangsa kerana sesungguhnya berlaku adil itu menghampirkan diri kita kepada Taqwa.

Oleh yang demikian, Semut berharap dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini, ada sesuatu yang boleh diimplikasikan oleh setiap pihak dan dilaksanakan dengan lebih efisyen. Pelan kontegensi perlu dilahirkan bagi memastikan kelansungan perjuangan UMNO dapat diteruskan. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

2 ulasan:

  1. INI untuk pemilihan UMNO 2011:-
    1. UMNO harus pilih semula Ketua Pemuda yg berwibawa. KJ harus dibuang saja bersama kuncu2nya.
    2. Hishamuddin, Rais, Nazri, Nor Mohd Yakop antara yg harus dibuang oleh perwakilan. Pilihlah orang lain.
    3. Ini utk kesinambungan UMNO.
    4. Kalau tidak PRU 13 nanti akan mengundang kekalahan yg teruk bagi UMNO dan BN

    BalasPadam
  2. Pada Pemilihan UMNO nanti pd 2011:
    1. Jangan pilih ahli2 korporat yg keparat sbg pemimpin2 UMNO di peringkat Cawangan2 dan Bahagian2. Mereka inilah yg merosakkan kredibiliti UMNO sbg parti yg memperjuangkan aspirasi kaum Melayu. Ahli2 korporat ini hanya melihat kepentingan dan peluang utk mengisi saku-saku mereka sahaja. Mereka terus mengampu dan membodek orang2 atas utk dapat habuan spt projek2 dan tender2 Kerajaan yg boleh diberikan oleh UMNO.
    2. Pilihlah pemimpin dari kaum guru contohnya supaya UMNO jadi gemilang spt tahun-tahun 50-an dan 60-an dahulu. Pilihlah orang2 yg sanggup dgn ikhlas membela kepentingan kaum Melayu, bukan sekadar mengampu dan membodek orang di atas spt yg berlaku sekarang!
    3. Ahli2 UMNO pula ubahlah sikap dpd meminta2 habuan dan duit dpd Ketua2 Cawangan dan Ketua2 Bahagian setiap kali nak diadakan mesyuarat atau aktiviti.
    4. Kalau dibiarkan UMNO tidak mengubah pemimpin2 yg sedia ada sekarang, sudah pastilah UMNO akan kalah teruk di PRU13 nanti!
    5. Kalau tak percaya, tunggu saja dan lihat kalau panjang umur.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping