Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan UMNO Malaysia hari ini, macam - macam cerita yang kita dengar. Pelbagai isu yang diketengahkan oleh wakil - wakil Negeri masing - masing.

Usul - usul yang memperjuangkan agenda demi anak bangsa terutamanya dikalangan Pemuda sangat dialu - alukan. Seperti yang dicadangkan oleh wakil Wilayah Persekutuan yang mendesak agar tanah - tanah yang tinggal dikawasan sekitar Wilayah dibangunkan dan mampu membantu Pemuda dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Beliau juga turut mengetengahkan perhatian yang perlu diberikan oleh ahli - ahli Majlis Tertinggi kepada Pemuda. Jangan hanya disuruh bergerak, tetapi pelan kontigensinya tidak ada.
Menyedari hakikat bahawa Pemuda hari ini perlu dibantu dan diberi perhatian oleh pihak atasan. Itulah diantara beberapa pesanan yang diutarakan oleh wakil Pemuda hari ini. Semut juga agak kagum dengan mutu perbahasan yang dilakukan pada tahun ini. Tidakbanyak yanghanya mengampu dan retorik serta beromong kosong semata - mata. Ada juga cadangan bernas yang dilontarkan untuk dijadikan renungan bersama.
Seperti wakil Kelantan yang mendesak agar tindakan ISA dikenakan dan dikuatkuasakan ke atas pertualang yang membuat kacau di Negara ini. Tidak kurang juga dengan sindiran secara terbuka terhadap kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang dikatakan lembab membuat kerja. Ianya turut disertai tepukan dari perwakilan lain.
Harapan agar setiap teguran dan cadangan yang telah dilontarkan oleh perwakilan ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari mereka yang berkenaan. Semoga selepas ini, Pemuda akan dapat bergerak dengan langkah yang lebih strategik serta dinamik demi Agama, Bangsa dan Negara. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.