Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mungkin sifat suka mendabik dada dan membanggakan diri memang sudah sebati dengan jiwa puak - puak PAS ini agaknya. Jika tidak, mana mungkin mereka akan bersikap jumud dan sempit pemikirannya seperti hari ini.
Hari ini mereka dengan bangganya mendakwa bahawa mereka telah mendahului UMNO dalam kempen PRK di Galas. Dakwaan tersebut dikatakan kerana mereka telah melancarkan Jentera Pilihanrayanya malam semalam. Mereka mendakwa kononnya UMNO ketika ini sedang berada dalam kemelut dalaman apabila wujudnya dua bahagian di Galas. Demikian yang disiarkan dalam Harakah Daily hari ini.
Mungkin juga kejumudan PAS ini adalah kerana mereka tidak membaca akhbar atau menonton televisyen. Maka jika hal demikian berlaku, tidak hairanlah mereka tidak tahu perkembangan semasa. Atau mereka sengaja tidak mahu memberikan kebenaran dan sebaliknya menyebarkan kenyataan retorik sedemikian rupa.
Takkanlah mereka tidak tahu Persidangan UMNO sedang berlansung di PWTC, Kuala Lumpur dalam minggu ini? Janganlah hanya mahu menipu rakyat semata - mata. Tindakan mereka ini jelas menunjukkan mereka bukan sahaja ketandusan idea untuk menentang UMNo dalam PRK Galas 26 Oktober nanti. Malah mereka juga sebenarnya gentar dengan kekuatan yang semakin hari semakin jelas berpihak kepada UMNO. Jadi sebab itu mereka keluarkan persepsi seumpama demikian. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.