Sabtu, November 13, 2010

...Pemipin atau Pelawak Jalanan???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Analisis berikut wajar dijadikan renungan dan menjadi bukti jelas bahawa si Ketua Penipu itu GAGAL sebagai seorang Ketua, walaupun sebagai Ketua Pembangkang.

1. Anwar gagal memberi respon dan impak terhadap sebarang cadangan dan agenda yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

2. Beliau gagal menangani masalah moral dan nilai yang kian tenggelam dikalangan pemimpin pakatan pembangkang. Mereka tetap rakus dan gila kuasa.

3. Beliau gagal melaksanakan reformasi dalam pakatan walaupun slogan itu menjadi tunjang perjuangan beliau pada peringkat awalnya dahulu.

4. Anwar juga turut gagal menjana struktur organisasi yang kukuh dikalangan pemimpin pembangkang dan tidak ada sebarang usaha untuk memperkuatkan lagi pakatan mereka. Malah sesama mereka masih wujud perbezaan pendapat dan pendirian.

5. Anwar turut gagal dalam usaha mendapatkan sumber integrasi politik walaupun pembangkang menguasai 4 Negeri dalam PRU yang lalu. Malah sebagai penasihat ekonomi Selangor, Anwar juga gagal memberi sebarang pencapaian sehingga hari ini.

6. Kegagalan Anwar menangani masalah dalaman dan pertelingkahan partinya sendiri sejak mereka menang besar (kononnya) dalam PRU ke 12 yang lalu.

7. Akhir sekali, kegagalan Anwar dalam mengetuai pembangkang dan membuat penilaian. Dalam pemilihan partinya sendiri beliau gagal meletakkan diri sebagai pihak berkecuali.

Maka, adakah masih layak bagi beliau untuk mentadbir Negara dan menjadi Perdana Menteri sedangkan perkara yang sebegini besar pun masih gagal beliau tangani? Atau beliau hanya layak menjadi pelawak semata - mata? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Sumber dari MySinChew.com.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. ada lg, anuar memang seorg yg gagal selamanya.. ha ha ha ha ha..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping