..."OMG! What Have I Done???"...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Satu senario yang sememangnya tidak dapat dielakkan oleh si Ketua Penipu itu. Beliau yang menzahirkan PKR dengan laungan KeAdilan kini bakal berhadapan dengan aib kerana turut menjadi punca kehancurannya.
Sebahagian besar anggota dan ahli PKR dilihat mula hilang kepercayaan terhadap Penasihat parti itu. Mereka sedar bahawa parti itu tidak mempunyai matlamat dalam perjuangan selain memenuhi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim.
Lihat sahaja punca penubuhan KeAdilan pada tahun 1999 dahulu dimana ianya berfungsi hanya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan beliau sahaja. Kononnya beliau ditindas dan menjadi mangsa keadaan. KeAdilan pada ketika itu hanya untuk memenuhi kehendak beliau membalas dendam terhadap Tun Mahathir Mohamed semata - mata.
Kali ini, KeAdilan yang dilaungkan oleh beliau adalah demi menjadi Perdana Menteri Malaysia sahaja. Apa manfaatnya untuk rakyat? Tidak ada satu pun. Kosong, sekosong - kosong janjinya.
Malah dalam pemilihan PKR juga demikian. Beliau hanya menyokong mereka yang rapat dengannya sahaja. Demi memastikan beliau terus berkuasa agar mudah diperkotak - katikkan ahlinya.
Itulah wajah sebenar perjuangan PKR. Hanya untuk Anwar sahaja. Sebab itu PKR kini dikenali sebagai Parti Keldaikan Rakyat kerana isi perjuangannya bukan untuk rakyat. Tetapi hanya untuk si Ketua Penipu itu.
Dan kemelut dalam PKR ini adalah hadiah terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat menilai sejauh mana ketelusan dan perjuangan sebenar PKR. Moga - moga rakyat sedar akan hakikat ini dan tidak terus diperbodohkan. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.