Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Berikutan kegagalan mereka menyelesaikan masalah dan kemelut yang melanda, lebih ramai ahli PKR mula meninggalkan parti tersebut.
Awal minggu ini, seramai 80 ahli PKR dikawasan Ampang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyatakan ia membuktikan semakin ramai ahli PKR sudah hilang keyakinan terhadap parti tersebut.
Kebanyakkan ahli yang keluar menyatakan bahawa mereka meninggalkan PKR kerana sedar pemimpin PKR tiada hala tuju dan gagal menunaikan janji dalam manifesto PRU yang lalu.
Maka sudah terbukti dengan kemelut yang melanda mereka gagal menanganinya dengan baik. Malah Presiden parti tersebut juga sehingga kini masih berdiam diri, seolah - olah ianya bukan masalah besar.
Mungkin bagi mereka jumlah ahli seramai 400ribu orang itu sudah mencukupi dan sudah mampu dilihat gagah menghadapi UMNO dan Barisan Nasional.
Kalau bukan kerana PAS dan DAP yang memiliki jauh lebih ramai ahli, adakah PKR masih mampu menjadi tunjang kepada Pakatan?
Jelas, perkara ini tidak pernah dipertikaikan oleh rakan sekutu PKR itu. Persoalannya kenapa? Kenapa mereka (DAP & PAS) yang lebih ramai ahli terus tunduk dan akur dengan PKR?
Apakah sudah tidak ada maruah lagi bagi kedua - dua parti tersebut yang sebelum ini menjadi 'Titan' sebagai pembangkang? Adakah mereka akan terus mengikut punggung PKR walaupun kredibiliti mereka jauh lebih baik? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.