Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam Khutbah Jumaat yang Semut hadiri hari ini, khatib membicarakan mengenai kepentingan ajaran Islam dalam masyarakat.
Sesungguhnya, manusia tidak mungkin dapat mentadbir diri mereka tanpa sebarang petunjuk dan panduan yang benar. Jika mereka hanya dibiarkan mengguna logik akal, maka sebab utama kejadian mereka akan terabai.
Didalam Islam, sebab wujud kejadian manusia adalah sebagai hamba Allah S.W.T. Tanpa panduan yang sewajarnya, maka manusia pasti akan melupakan Zat Yang Maha Esa serta Maha Pencipta ini.
Disebabkan itu, Allah S.W.T telah menurunkan dan mengutuskan para Rasul sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Seperti mana yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W selama hayat Baginda.
Namun pada hari ini, munculnya dakyah - dakyah songsang secara sulit dan senyap memungkinkan bahaya dikalangan umat Islam sejagat. Timbulnya kerana manusia yang bergelar diri sebagai Islam cuba melogik akalkan hukum - hukum Allah.
Jika sebelum ini, fahaman seperti Syaiah, Khawarij dan Jabarniah sering kita dengar menjadi asas ajaran sesat ini. Ketika ini, lain pula istilah yang digunakan.
Sebagai contoh, Islam Liberal dan Pluralisme dalam agama juga dianggap sebagai penyelewengan dalam agama. Mana mungkin Islam boleh disamakan dengan agama lain kerana Islam adalah satu - satunya agama yang diterima Allah S.W.T.
Siapa pejuang Pluralisme dalam Malaysia? Siapa yang cuba memenangi hati penerbit Herald Weekly dengan mengatakan mereka layak menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka?
Siapa pula yang pernah dinobatkan anugerah Forbes kerana memperjuangkan kesaksamaan Agama didalam dunia? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.