Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Demokratik, Liberalisme, Fasisme adalah diantara ideologi yang cukup sinonim dengan mana - mana prti politik dunia. Tetapi ada juga parti politik yang menyatakan, ideologi bukan prasyarat wajib dalam perjuangan.
Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Pusat menyatakan bahawa ada pihak menyatakan masalah PKR hari ini adalah disebabkan ia tidak mempunyai ideologi yang jelas.
Oleh sebab sejarah penubuhan dan komposisinya yang pelbagai, PKR dilihat belum dapat merumuskan ideologinya.
Beliau juga turut menyatakan bahawa PKR ketika ini mempunyai matlamat dan dasar perjuangan yang tegas.
Bagi Semut, tak pelik jika PKR tidak mempunyai sebarang ideologi dalam perjuangannya. Kerana matlamat utamanya adalah demi perjuangan Anwar Ibrahim.
Memanglah matlamat dan dasar mereka tegas. Keadilan Untuk Anwar, Bukan Untuk Rakyat. Itulah dasar dan matlamatnya.
Desebabkan itulah Syed Husin Ali kata ianya bukan satu syarat penting untuk memiliki ideologi dalam perjuangan mereka. Kerana perjuangan mereka hanya untuk mendapatkan keadilan bagi si Ketua Penipu itu sahaja.
Jadi perlu apa mereka kepada ideologi? Selagi Anwar tidak dapat keadilan yang sepatutnya, selagi itulah mereka akan berjuang. Jika keadilan sudah ditetapkan nanti, bagaimana pula? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.