Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau sebelum ini, beria - ia benar si Azmin Ali menegaskan bahawa sebarang tindakan beliau adalah berdasarkan suara majoriti ahli PKR. Kita lihat sejauh mana kebenaran kata - kata Hero Berkemban ni.
Setakat petang tadi, laporan yang diterima menyatakan bahawa terdapat 200 orang ahli yang melakukan protes didepan Ibu Pejabat PKR. Tujuan protes adalah untuk mendesak agar pemilihan Majlis Pimpinan Pusat dihentikan serta merta.
Mereka mendakwa wujudnya ketidak telusan dan tindakan yang adil berlaku kepada beberapa calon yang bertanding. Perhimpunan protes bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari.
Ia diketuai oleh Jenapala Perumal, bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR. Laungan slogan "Hidup Zaid" turut kedengaran dan "hentikan segera pemilihan" turut kedengaran. Zaid bagaimana pun tidak kelihatan walaupun pada mulanya beliau dilaporkan akan mengetuai protes tersebut.
Namun, sepanjang protes itu berlansung, tidak ada seorang pun wakil dari Ibupejabat PKR yang tampil untuk meredakan keadaan dan pintu masuk juga sudah dikunci.
Lihat bagaimana diskriminasi yang wujud secara berleluasa dalam PKR. Apabila kena batang hidung sendiri, tahu pula mereka kunci pejabat dan cabut lari.
Ketidak hadiran Zaid mungkin disebabkan beliau tidak mahu dilabel sebagai Monyet. Jadi untuk menyelamatkan maruah diri sendiri, adalah lebih baik beliau tidak hadir. Jelas sifat sebenar Zaid hanya pandai cakap, tapi bila buat, dia dulu yang lari.
Masih lagi mereka yang membuat protes mahu menyokong PKR? Masih lagi mereka mahu percaya pada perjuangan berkepentingan pemimpin - pemimpinnya? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.