...Hubungan Haram Yang MAsih Dipertikaikan...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
PAS perlu menang dengan kekuatan sendiri. Kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan sekadar untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan. Demikian yang diucapkan oleh Haji Hadi Awang.
Maka beliau mengariskan tiga perkara yang harus dilaksanakan bagi memastikan kemenangan tersebut. Pertama kekuatan aqidah Islam dikalangan ahlinya.
Kedua, kekuatan pada struktur organisasi dengan memiliki cawangan serta keanggotaan yang banyak. Ketiga, strategi yang baikdan digerakkan oleh akar umbi.
Dalam ketiga - tiga perkara ini, tidak ada satu pun yang digariskan oleh Presiden PAS itu mengenai perpaduan sesama mereka dalam Pakatan. Tidak ada cadangan dari beliau yang jelas menyatakan bahawa kekuatan itu juga perlu dalam perhubungan dengan DAP dan PKR.
Jelas bahawa, PAS yakin mampu menang mengatasi UMNO dan Barisan Nasional tanpa sebarang bantuan dari DAP dan PKR. Jadi untuk apa lagi mereka menjalinkan hubungan dengan DAP dan PKR jika mereka tidak memerlukannya?
Adakah beliau secara tidak lansung mula kurang mempercayai rakan sepakatan mereka? Atau beliau sudah semakin sedar dari mimpi indah mainan DAP dan PKR? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ada orang perempuan tak tahu dia lawar, cantik comot. Dia buat tawaran murahan, tepi jalan, bayar rm5.00 aja. Samalah macam PAS tu.
BalasPadamPAS punyai peluang terbaik untuk memerintah Malaysia tetapi cara PAS berpolitik tidak bijak, sebab tu sampai hari ini PAS tak dapat memerintah. Menyokong DAP dan PKR adalah satu kesalahan politik PAS yang paling besar dalam sejarah.
BalasPadam