Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Puak - puak pembangkang selama ini sering melabelkan beberapa individu dalam Barisan Nasional sebagai liabiliti yang mampu menggugat Negara.
Dulu mereka kata Khairy Jamaludin sebagai satu liabiliti ketika pentadbiran Tun Abdullah Badawi. Kata mereka, KJ merupakan punca rosaknya kesejahteraan Negara hari ini.
Sekarang, mereka menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai sasaran seterusnya. Kononnya mereka dakwa Datin Seri merupakan pengaruh besar kepada Perdana Menteri dalam membuat sebarang keputusan.
Hakikatnya, mereka sering melihat nyamuk diseberang laut manakala Gajah depan mata sendiri pula selalu mereka endahkan.
Sekurang - kurangnya, dua individu yang mereka persalahkan itu tidak pula memburuk - burukkan nama serta maruah negara sehingga ke negara - negara asing.
Tidak seperti Anwar yang secara terang - terangan dan tanpa segan silu memalukan Negara. Dengan kes liwatnya, dengan ucapan memburuk - burukkan negara serta sebagainya.
Adalah wajar bagi Zulkifli Noordin dan Zaid Ibrahim mendakwa beliau sebagai liabiliti terbesar bukan sahaja kepada Negara, malah kepada Agama dan umat Islam secara keseluruhan.
Maka sudah tiba masanya beliau bersara dari dunia politik dan berpindah ke negara yang beliau rasa selesa dari terus memporak-perandakan negara serta merosakkan keharmonian penduduk Malaysia ini. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.