Khamis, November 11, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Walaupun beritanya mempertikaikan kemenangan Barisan Nasional di Galas, Menteri Besar Kelantan itu secara tidak sengaja mengkritik penduduk orang Asli di Galas.

Beliau yang diminta mengulas mengenai jumlah peratusan keluar mengundi yang agak tinggi kali ini turut mempertikaikan mentaliti masyarakat peribumi itu sendiri. Jumlah 83 peratus itu tidak masuk akal, kata beliau.

”...Ini jarang berlaku di kawasan orang kurang celik mengenai politik. Kawasan hulu Kelantan di mana kesedaran politik masih lagi rendah..."

Demikian yang dinyatakan dalam Harakah Daily.

Jika dilihat dalam spektrum yang lebih luas, beliau seolah - olah ingin menyatakan bahawa seluruh penduduk kawasan Hulu Kelantan itu rendah tahap pemahaman politiknya.

Mungkin sebab mereka telah memilih BN, jadi mereka dilihat rendah mentalitinya oleh PAS Kelantan.

Kalau mereka pilih PAS pula bagaimana? Masih rendahkah kesedaran politik mereka? Sudah celikkah masyarakat orang asli dan seluruh penduduk Hulu Kelantan itu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Nik Aziz yang berfikiran ditahap lama sehingga tidak menyedari betapa tersiksanya iman ahli-ahli PAS. Ahli PAS terikat dengan "bai'ah" perjuangan Islam yang dilaungkan Nik Aziz sehingga sanggup mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Ahli PAS melihat hukum itu dilanggar sendiri oleh Nik Aziz apabila bekerjasama dengan DAP, yang secara lantang menolak perjuangan Islam PAS. Ahli-ahli PAS jelas dapat melihat terbaliknya pegangan Nik Aziz yang tersasar dari prinsip asas Islam iaitu bersikap lembut sesama Islam dan keras terhadap orang kafir. Akhirnya ahli-ahli PAS mulai sedar bahawa PAS atau UMNO adalah sama iaitu hanyalah parti politik, yang sentiasa berubah-ubah corak-caranya mengikut keadaan dan keperluan.

    BalasPadam
  2. ini bukan kritik tapi mengHINA. peratusan keluar mengundi yang tinggi menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab dan nasib mereka. rendah mentaliti? siapa? orang asli atau dia sendiri?

    Aku Yang Bingai
    1. Satu Ahli Satu Undi di TendangTerajang
    2. Antara Zaid, Pak Lah, Tun Ghafar dan Ku Li

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping