..."Cabar Gua? Mana Boleh"...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau sesiapa pernah membaca blog Semut sebelum ini, rasanya dah banyak dah perlawanan yang berlaku. Dulu Azmin vs Khalid Ibrahim. Lepas tu Azmin vs Zaid Ibrahim. Sekarang, Anwar vs Zaid Ibrahim pula.
Andaian Semut bahawa Azmin seterusnya akan bersaing dengan Anwar tidak menjadi kerana Azmin adalah 'anak kesayangan' Anwar. Hanya anak Ibrahim ini sahaja yang Azmin akan tunduk.
Cabaran agar si Ketua Penipu itu menentang Zaid datangnya dari Zulkifli Noordin. Beliau menyarankan supaya Anwar bertanding satu lawan satu dengan Zaid dalam pemilihan PKR tahun ini.
Bagi YB Zul, Anwar wajar menyahut cabaran itu jika benar - benar mengamalkan prinsip demokrasi dan keadilan. Anwar wajar mencontohi Azmin yang menyerahkan ahli membuat keputusan.
Mana mahunya Anwar sahur cabaran tersebut. Di suruh pertahankan maruah diri sendiri pun dia takut, inikan pula nak mempertaruhkannya. Mati hidup semula pun dia tidak akan buat.
Laungan keadilan dan demokrasi bagi Anwar hanya retorik semata - mata. Bagai anjing menyalak bukit, suara hilang, bukit tetap tak berganjak. Jadi usah lah nak cabar si Ketua Penipu itu buat benda yang dah tahu dia tidak akan buat. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ape bole buat.. PKR ni cakap tak serupa bikin bro.. Cakap lebih.. buat tidak..
BalasPadamhttp://mindanelayan.blogspot.com/
heheh..betul tuh...PKR tak prinsip..parti serpihan UMNO gak
BalasPadamape2 pun gua rase lu nih asik tgok tv3 tv1 baca utusan n brita harian jerr x pe lah msing2 nye citarase
BalasPadam