Rabu, November 17, 2010

...Pengaruhnya Kian Pudar...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Justify FullTindakan beliau mengkritik pandangan orang lain adalah satu langkah yang membuktikan bahawa beliau semakin terdesak. Anwar yang mengkritik pandangan PM Australia semalam dilihat sebagai satu langkah kurang bijak.

Julia Gilard yang mengiktiraf kemajuan Malaysia sebagai sebuah Negara Moden dikritik secara sinis oleh Ketua pembangkang itu. Ia hanya semata - mata PM Australia itu tidak memberi sebarang reaksi serta tekanan ke atas Kerajaan mengenai isu Liwatnya.

Ia merupakan kegagalan ketiga yang diterima oleh Anwar selepas Amerika menolak untuk melibatkan diri. Begitu juga dengan Sir Richard Branson yang menyelar Anwar sebagai punca kemerosotan pelabur luar ke dalam negara.

Persoalan mengenai pendirian Indonesia terhadap 'tekanan' yang dinyatakan beliau itu merupakan satu persoalan yang besar. Bila pula Kerajaan Indonesia memberi tekanan kepada negara yang nyata menyebelahi beliau?

Anwar dijangka bakal bertemu dengan ahli Parlimen Australia bagi memujuk mereka memberi tekanan kepada Negara.

Lihat bagaimana buruknya sifat seorang pemimpin yang kononnya berjuang demi rakyat. Keluar negara pun hanya untuk meraih sokongan dan tekanan kepada Kerajaan Malaysia mengenai isu liwatnya.

Yang jelas, pengaruh Anwar dalam Negara Malaysia sudah semakin luntur terutama ketika PKR dalam kemelut pertikaian dalaman. Jika tidak, kenapa beliau terpaksa keluar negara dan mendapatkan sokongan ahli Parlimen luar?

Tidakkah ia menimbulkan sebarang persoalan mengenai pendirian Anwar terhadap negara dan rakyat Malaysia? Siapa lagi pemimpin negara luar yang buat kerja seperti ini? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Sumber Utusan Online.
Categories:

2 ulasan:

  1. Jangan biarkan Anwar bebas bertindak , sesuatu harus dilakukan !

    BalasPadam
  2. betul sdr sh. DSAI seperti atas pokok mati dimana lompat akan patah dan sekah. Tq

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping