...Adakah Beliau Akan Terus Tergagap???
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam akhbar semalam, Menteri Besar Selangor dengan jelas mencabar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor agar mendedahkan bukti berkenaan jumlah perbelanjaan Sambutan Ulang Tahun Yayasan Selangor.
Khalid Ibrahim secara terang - terangan mendesak agar Datuk Noh Omar mengemukakan bukti bahawa pihak Yayasan telah membelanjakan sebanyak RM800,000 bagi acara tersebut.
Nampak gayanya, cabaran beliau itu bakal bersahut. Datuk Noh Omar berkata beliau sedia didakwa dimahkamah sekiranya dakwaan tersebut adalah tidak benar. Beliau juga sedia memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
Beliau turut mendedahkan bahawa sebahagian dari jumlah tersebut sudahpun dibayar kepada syarikat yang mendapat kontrak penganjuran.
Dalam masa yang sama, Bekas Pengurus Besar Yayasan Selangor juga turut menyelar dakwaan Menteri Besar berhubung akaun Yayasan yang tidak diaudit sejak empat tahun lalu adalah tidak benar.
Apa yang Semut mampu komen hanya, Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena. Biar rakyat tahu siapa yang benar dan siapa yang berbohong mengenai perkara ini. Jangan Khalid Ibrahim terus tergagap macam Teresa Kok hari tu sudah lah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.