Rabu, November 24, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Suara akar umbi dalam PKR umpama angin lalu sahaja bagi pemimpin parti tersebut setiap kali mereka menuntut keadilan dalam sesi pemilihan tahun ini.

Kalau mereka seperti angin lalu, Mustafa Kamil Ayub pula ibarat cengkerik yang selalu mendincit, tapi tidak ada siapa pun peduli selain kaki pancing sahaja.

Itulah perumpamaan tepat untuk memberikan gambaran mengenai desakan yang diutarakan oleh Mustafa Kamil. Beliau terus mendesak pimpinan PKR agar memberi perhatian terhadap protes dan rungutan berhubung Pemilihan MPP walaupun ianya sudah berakhir kelamarin.

Kononnya beliau mendakwa langkah itu penting kerana ianya lahir daripada kesedaran serta pengamatan pemimpin dan ahli parti disemua peringkat.

Beliau sebelum ini beliau sendiri tewas dalam pemilihan Ketua Cabang Pasir Salak dan dikatakan jauh 'berkampung' dibelakang Azmin Ali dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR.

Beliau juga turut memberikan tempoh 48 jam kepada Presiden PKR, Wan Azizah atau berhadapan dengan tindakkan yang lebih 'drastik'.

Sampai hari ini, masih tidak ada apa - apa tindakan 'drastik' yang dimaksudkan oleh beliau. Mana tidak Semut labelkan beliau sebagai Cengkerik Dalam PKR.

Cakap pandai, buat kerja tak tahu. Hapah pun tarak. Sampai hari ini, beliau masih mengikut punggung pemimpin PKR lain. Presiden PKR sendiri pun tak layan kerenah Cengkerik ini. Lagi nak kata pemimpin PKR prihatin kepada Ahli? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dia ni bercakap stail Anwar, tau...! Sayangnya..., stail pembelit cara Anwar dia tak pandai tiru...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping