Rabu, November 24, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kenyataan Naib Presiden PAS Pusat, Mahfuz Omar semalam menjelaskan mereka sudah semakin gentar dengan polisi baru yang bakal direalisasikan Barisan Nasional.

Beliau mengulas mengenai keanggotaan dan keahlian terbuka yang bakal dilaksanakan oleh Barisan Nasional selepas konvensyen nanti.

Naib Presiden PAS itu mendakwa dengan membuka keahlian lansung dan bersekutu membuktikan bahawa parti itu berhadapan dengan krisis kepercayaan rakyat yang serius.

Malah beliau turut menyatakan 'perubahan' baru dalam BN itu tidak akan membantu memulihkan semula imej mereka.

Jangan takut dengan bayang - bayang sendiri. Mungkin Mahfuz juga terlupa bahawa PAS sebenarnya sudah lama gagal memulihkan kembali imej mereka. Terutama dikalangan masyarakat bukan Islam.

Ianya jelas apabila PAS mula menjalinkan 'hubungan intim' dengan DAP dan PKR bagi menarik minat pengundi bukan Islam.

Kemudian mereka telah membuka keahlian mereka kepada ahli bukan Islam dan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ternyata, tindakan PAS itu juga adalah kerana mereka tidak yakin dengan DAP dan juga PKR serta diri sendiri. Tidakkah perkara itu juga boleh dikira sebagai krisis kepercayaan yang serius?

Tepuk dada, tanya selera. Mahfuz sepatutnya perlu lihat dalam cermin dahulu sebelum membuat apa - apa andaian. Wallahualam.

Fikir -fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Debaran semangkin kencang bila hampir dengan PRU tidak lama lagi.Banyak isu yang berbangkit belum dapat diatasi.
    Kalau dia berasal dari Baling,mengapa mengharapkan orang lain menyelesaikan isu TABUNG MEMALI !?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping