Jumaat, November 26, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Menurut laporan terkini mengenai Pemilihan PKR 2010, terdapat sebanyak 289 aduan yang berkaitan pemilihan parti tersebut termasuk penamaan calon dan pengiraan undi.

Demikian yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung PKR Pusat, Saifuddin Nasution Ismail. Kata beliau sehingga selesai mesyuarat Agung Cabang, masiha da lagi 12 aduan yang belum diselesaikan dan pihaknya masih meneliti sembilan aduan di peringkat MPP.

Mengenai dakwaan calon Ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), beliau menyatakan Chegubard telah diberi 'penjelasan' oleh pemimpin PKR termasuk Anwar dan beliau sendiri selepas selesai Mesyuarat MPP dua hari lepas.

Beliau bagaimana pun mendakwa bahawa dakwaan Chegubard itu sebagai tidak berasas.

Maka mungkin sebab itulah dalam kongres hari ini, Timbalan Ketua AMK sesi lalu merayu agar kepimpinan baru sayap parti itu tidak mengenepikan Chegubard.

Kalau mengikut dakwaan Chegubard, setiap aduan atau protes yang hendak dibuat perlu dibayar sebanyak RM50. Jadi, berapa banyak wang yang sudah dikumpul oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat? Dan persoalannya, ke mana perginya duit tu semua?

Yang lebih menghairankan, apa tindakan yang telah mereka ambil terhadap semua laporan dan aduan tersebut? Setakat ini, nampak gayanya semuanya senyap sahaja. Tidak ada apa - apa tindakan pun yang diambil.

Sedangkan bilangan ahli pun tidak boleh nak dibuktikan mereka. Inikan pula jumlah aduan yang diterima. Mana ketelusan dalam pemilihan parti itu jika perkara ini pun mereka gagal menanganinya? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. JANGAN ROSAKKAN IMEJ CIKGU .. JANGAN PANGGIL DIA CIKU BARD PANGGIL JE BAD

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping